Rabu, 2 Julai 2014

PROGRAM ALAM SEKITAR



21 Jun 2014 : Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama pusat sumber sekolah telah berjaya menganjurkan beberapa aktiviti alam sekitar termasuklah acara senamrobik alam sekitar, larian 1000 langkah alam sekitar dan gotong royong alam sekitar. Program ini dikendalikan oleh unit alam 3K yang dikendalikan oleh jawatankuasa senamrobik iaitu cg Mohd Zahrulnizam B Salleh bersama ahli jawatankuasa di bawahnya dan penyelaras utamanya ialah Pn Nazimah Bt Muda.

Program telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar seawal Jam 8 pagi dengan dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan diiukuti dengan larian 1000 langkah. Murid dan guru kelihatan sangan gembira dan menjalani aktiviti dengan penuh ceria. Kesiahatan adalah elemen yang penting dalam memastikan guru dan murid dapat sama-sama memberi dan menerima ilmu pengetahuan. Sebab itu sekolah sentiasa menitik beratkan kesihatan semua warga sekolah.

Selain itu program gotong royong juga menjamin keselamatan warga sekolah terutamanya dari pembiakan nyamuk aedes yang boleh menyebabkan demam denggi dan jika tidak dibendung maka boleh membawa kepada kematian.

Program-program sebegini harap dapat diteruskan pada masa-masa akan datang kerana impaknya amat besar kepada semua pihak. 

Ahad, 1 Jun 2014

ANUGERAH KECERIAAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH




Alhamdulillah SKFJB mengungguli anugerah hari guru peringkat daerah hulu terengganu pada tahun ini dengan merangkul 6 kategori iaitu Prasekolah terbaik, pemulihan terbaik, bilik sains terbaik, makmal ICt terbaik, tandas ( bilik GBS ) terbaik dan turut menerima Anugerah Khas PSS cemerlang 2014 serta mewakili negeri ke pringkat kebangsaan 2014. Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah di atas segala usaha yang berterusan dan tidak pernah mengenakl erti jemu dalam memastikan sekolah sentiasa ceria dan selesa. Terima Kasih diucapkan.

Sabtu, 24 Mei 2014

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR PERINGKAT SEKOLAH






15 MEI 2014 ( KHAMIS ) : Unit Pengurusan Hem dengan kerjasama Jawatankuasa 3K dan Pusat Sumber Al Ghazali telah mengadakan sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Sekolah. Program ini adalah di antara sebahagian program yang menyokong Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar. 

Program ini telah melibatkan semua warga sekolah dengan kerjasama Pejabat Alam Sekitar Negeri Terengganu, yang telah menyediakan pameran berkaitan alam sekitar, Perbadanan Pelupuisan Sisa Pepejal yang mengadakan pameran, demontrasi pengkoposan, dan kuiz kepada para pengunjung. 

Ibu bapa yang hadir turut disajukan dengan ceramah oleh Pegawai Jabatan Alam Sekitar dan mereka didedahkan dengan pelbagai maklumat berkenaan alam sekitar dan pelbagai cara untuk memeulihara alam sekitar dan langkah-langkah supaya tidak terlibat dalam menyumbang ke arah pencemaran alam sekitar.

Mudah-mudahan program ini banyak manfaat dan memberi kesedaran kepada semua yang hadir tentang pentingnya menjaga dan memulihara alam sekitar untuk kehidupan yang lebih sihat dan selesa.


Jumaat, 9 Mei 2014

KHASIAT BUAH DALAM AL QURAN


 1.                PISANG
“Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya.” (al-Waaqi’ah [56]: 28-33)
        Pisang, yang kaya dengan vitamin B6, juga buah yang sangat bergizi, terdiri dari air (75%), protein (1.3%) dan lemak (0.6%). setiap buah pisang juga mengandungi karbohidrat dan potassium dalam jumlah yang mencukupi. selain dapat menolong menyembuhkan banyak penyakit, pisang sangat di galakkan untuk menyembuhkan demam, gangguan sistem pencernaan dan kejang-kejang. selain itu, pisang juga menurunkan tekanan darah dan digunakan untuk penyembuhan pelbagai alergi.





2. ANGGUR
“Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam kebun-kebun itu kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebagian dari buah-buahan itu kamu makan.” (al-Mu`minuun [23]: 19)


Anggur boleh menghilangkan rasa penat untuk mereka yang banyak menggunakan kegiatan fizikal dan mental. kandungan besi dan gula di dalam buah anggur yang juga mempergiat produksi darah dan menjadi ubat untuk untuk penderita-penderita liver, ginjal, dan sistem pencernaan. Anggur merangsang berfungsinya ginjal dan membantu mengeluarkan hampas-hampas tubuh seperti urea. Dengan mengeluarkan air yang berlebihan dari tubuh, anggur menurunkan tekanan darah. Anggur juga menguatkan organ jantung, befaedah dalam menyembuhkan bronchitis dan batuk, serta meningkatkan kecantikan kulit kerana anggur membersihkan darah.




3.   DELIMA
“Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma. Tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya yang bermacam-macam itu bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya);dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (al-An’aam [6]: 141)
           
           Delima, seperti yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandungi potassium yang besar nilainya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Delima dapat memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur, mencegah edema, dan mengurangkan kadar gula yang beredar di dalam darah. selain itu, Delima juga boleh menghilangkan rasa letih otot dan membolehkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung


4.                ZAITUN
Dialah, Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebagiannya menjadi minuman dan sebagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembalakan ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman-tanaman; zaitun, kurma, anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (an-Nahl [16]: 10-11)

         Kandungan asam linoleik yang terdapat dalam buah Zaitun sangat bermanfaat bagi ibu-ibu yang menyusui anak. Kekurangan asam linoleik boleh mengurangkan pertumbuhan bayi dan memperbesarkan potensi pada timbulnya beberapa penyakit kulit. Organisasi-organisasi kesihatan, termasuk WHO, menganjurkan orang yang menpunyai penyakit diabetes dan arterioclerosis (penebalan saluran urat darah) tinggi supaya mengambil minyak zaitun yang mengandungi paling kurang 30% asam linoleik. Minyak zaitun juga sangat bagus dan berkhasiat untuk di gunakan dalam masakan


5. KURMA
“Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebagian tanaman-tanaman itu atas sebagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berpikir.” (ar-Ra’d [13]: 4)

Buah kurma mengandungi fruktosa dan glukosa yang keduanya berkalori tinggi, dan mudah serta cepat dicerna. Kandungan gulanya menenangkan saraf yang gelisah serta memberikan rasa aman pada jiwa. Selain itu, kurma juga sangat bermanfaat bagi wanita hamil dan ibu-ibu yang menyusui anak untuk meningkatkan kesihatan janin di dalam perut ibu, mencegah ibu dari rasa lemah, dan membanyakkan air susu. kurma segar juga memberikan manfaat besar kepada otak, dengan kandungan 2.2% protein, juga berisi banyak jenis vitamin A, B1, dan B2




Selasa, 22 April 2014

SAMBUTAN HARI BUMI



22 April 2014 -Selasa,  Sambutan HARI BUMI peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini. Dalam ucapatama sambutan Hari Bumi ini Guru Besar Pn Hjh Zaiton Bt Mohd Yusoff telah memberi penekanan  bahawa pentingnya supaya semua pihak mejaga alam sekita supaya bumi yang kita diami ini tidak mengalami ganguan kerosakan dan pencemaran supaya kita dapat hidup dalam suasana yang selesa dan sihat. Perkara ini boleh dimulai oleh warga sekolah dan dijadikan amalan bila berada di;luar kawasan sekolah.
            Seterusnya Program kokurikulum sempena hari bumi kali ini telah melancarkan projek untuk anugerah sekolah lestari alam sekitar. Guru Penolong Kakan Kokurikulum En Nordin B Ghazali memulakan program dengan memberi penerangan kepada pelajar mengenai projek yang akan dilaksanakan. 

       Projek ini memberi peluang kepada pelajar mencipta bekas tanaman sayur-sayuran dari bahan terbuang iaitu botol air. Setiap pelajar akan memiliki satu bekas yang akan dijaga setiap hari sehingga mengeluarkan hasil sayur mereka sendiri.

Hasil kreativiti ini memberi pengalaman dan peluang kepada pelajar melalui sendiri dan melihat proses dari awal hingga hasil dapat dituai. Projek ini juga memberi kesedaran kepada mereka tentang khasiat dan pentingnya mengambil sayur-sayuran sebagai makanan.