Selasa, 22 April 2014

SAMBUTAN HARI BUMI



22 April 2014 -Selasa,  Sambutan HARI BUMI peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini. Dalam ucapatama sambutan Hari Bumi ini Guru Besar Pn Hjh Zaiton Bt Mohd Yusoff telah memberi penekanan  bahawa pentingnya supaya semua pihak mejaga alam sekita supaya bumi yang kita diami ini tidak mengalami ganguan kerosakan dan pencemaran supaya kita dapat hidup dalam suasana yang selesa dan sihat. Perkara ini boleh dimulai oleh warga sekolah dan dijadikan amalan bila berada di;luar kawasan sekolah.
            Seterusnya Program kokurikulum sempena hari bumi kali ini telah melancarkan projek untuk anugerah sekolah lestari alam sekitar. Guru Penolong Kakan Kokurikulum En Nordin B Ghazali memulakan program dengan memberi penerangan kepada pelajar mengenai projek yang akan dilaksanakan. 

       Projek ini memberi peluang kepada pelajar mencipta bekas tanaman sayur-sayuran dari bahan terbuang iaitu botol air. Setiap pelajar akan memiliki satu bekas yang akan dijaga setiap hari sehingga mengeluarkan hasil sayur mereka sendiri.

Hasil kreativiti ini memberi pengalaman dan peluang kepada pelajar melalui sendiri dan melihat proses dari awal hingga hasil dapat dituai. Projek ini juga memberi kesedaran kepada mereka tentang khasiat dan pentingnya mengambil sayur-sayuran sebagai makanan.