Rabu, 2 Julai 2014

PROGRAM ALAM SEKITAR



21 Jun 2014 : Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama pusat sumber sekolah telah berjaya menganjurkan beberapa aktiviti alam sekitar termasuklah acara senamrobik alam sekitar, larian 1000 langkah alam sekitar dan gotong royong alam sekitar. Program ini dikendalikan oleh unit alam 3K yang dikendalikan oleh jawatankuasa senamrobik iaitu cg Mohd Zahrulnizam B Salleh bersama ahli jawatankuasa di bawahnya dan penyelaras utamanya ialah Pn Nazimah Bt Muda.

Program telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar seawal Jam 8 pagi dengan dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan diiukuti dengan larian 1000 langkah. Murid dan guru kelihatan sangan gembira dan menjalani aktiviti dengan penuh ceria. Kesiahatan adalah elemen yang penting dalam memastikan guru dan murid dapat sama-sama memberi dan menerima ilmu pengetahuan. Sebab itu sekolah sentiasa menitik beratkan kesihatan semua warga sekolah.

Selain itu program gotong royong juga menjamin keselamatan warga sekolah terutamanya dari pembiakan nyamuk aedes yang boleh menyebabkan demam denggi dan jika tidak dibendung maka boleh membawa kepada kematian.

Program-program sebegini harap dapat diteruskan pada masa-masa akan datang kerana impaknya amat besar kepada semua pihak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan