Sabtu, 24 Mei 2014

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR PERINGKAT SEKOLAH






15 MEI 2014 ( KHAMIS ) : Unit Pengurusan Hem dengan kerjasama Jawatankuasa 3K dan Pusat Sumber Al Ghazali telah mengadakan sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Sekolah. Program ini adalah di antara sebahagian program yang menyokong Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar. 

Program ini telah melibatkan semua warga sekolah dengan kerjasama Pejabat Alam Sekitar Negeri Terengganu, yang telah menyediakan pameran berkaitan alam sekitar, Perbadanan Pelupuisan Sisa Pepejal yang mengadakan pameran, demontrasi pengkoposan, dan kuiz kepada para pengunjung. 

Ibu bapa yang hadir turut disajukan dengan ceramah oleh Pegawai Jabatan Alam Sekitar dan mereka didedahkan dengan pelbagai maklumat berkenaan alam sekitar dan pelbagai cara untuk memeulihara alam sekitar dan langkah-langkah supaya tidak terlibat dalam menyumbang ke arah pencemaran alam sekitar.

Mudah-mudahan program ini banyak manfaat dan memberi kesedaran kepada semua yang hadir tentang pentingnya menjaga dan memulihara alam sekitar untuk kehidupan yang lebih sihat dan selesa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan